Akademi Fantasia Masih Relevan, Tampil Format Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul memberitahu program Akademi Fantasia musim kesepuluh bakal menampilkan pelbagai perubahan terhadap format asalnya.
Khairul memberitahu program Akademi Fantasia musim kesepuluh bakal menampilkan pelbagai perubahan terhadap format asalnya.

KUALA LUMPUR: Program realiti Akademi Fantasia (AF) yang bakal kembali untuk musim terbaharu masih relevan dan sebuah platform dominan membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri hiburan tempatan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bagaimanapun berkata, pihaknya telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang dilihat tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.

"AF sebenarnya masih relevan dalam membekalkan bakat-bakat baru kepada industri dan ini terbukti daripada sembilan musim terdahulu yang banyak melahirkan artis yang berjaya dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.

"Bagaimanapun harus diakui format terdahulu perlu diubah kerana tidak lagi sesuai dengan kuasa media sosial pada hari ini tambahan pula penonton mahukan sesuatu yang baru daripada AF," jelasnya.

Khairul ditemui pada majlis sidang media melancarkan program tersebut di The Venue Pavillion di sini pada Khamis.

Program tersebut dijangka bakal bersiaran pada September depan di Astro Ria (104) dan sesi uji bakat bakal diadakan bermula 1 hingga 30 Jun depan.

Pada majlis sama, Khairul turut memperkenalkan lagu tema AF dan logo versi terbaharu.

Dalam pada itu, Khairul berkata, sepanjang hampir dua tahun AF tidak bersiaran pihaknya telah melakukan pelbagai perancangan yang mana pada musim terbaharu ini selain peserta solo, pasangan duet juga boleh mengambil bahagian.

Tambah Khairul, peserta juga boleh menghantar link video nyanyian mereka yang dimuat naik ke laman youtube ke portal rasmi AF dan calon yang berjaya akan dipanggil untuk diuji bakat dilokasi berdekatan.

"Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya dan cara ini dilihat lebih dekat dengan kuasa sosial media dan akan memudahkan mereka," jelasnya.

Uji bakat musim kesepuluh bakal diadakan di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Peserta mestilah berumur 18 hingga 35 tahun dan ia turut terbuka kepada warga Singapura.

Sementara itu, Khairul berkata, musim ini para peserta dibenarkan berinteraksi dengan peminat menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka belajar berinteraksi dengan peminat.

Khairul yakin, perubahan itu tidak akan menggangu konsentrasi para peserta malah akan mendidik mereka supaya lebih memberi perhatian dan membahagikan masa dengan baik.

"Ini adalah peluang mereka untuk belajar dan membenarkan penggunaan laman sosial adalah salah satu objektif dalam mempersiapkan mereka menjadi seorang artis," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Khairul enggan mendedahkan butitran lanjut mengenai program berkenaan dan akan mengadakan satu lagi sidang media bagi memperkenalkan konsep, tenaga pengajar dan hos.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi uji bakat secara talian boleh melayari www.akademifantasia.com.my.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh uji bakat AF:

1. Hotel The Zon, Johor Bahru ( 1 & 2 Jun 2013)

2. Hotel vistana, Pulau Pinang (8 & 9 Jun 2013)

3. Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 & 16 Jun 2013)

4. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (22 & 23 Jun 2013)

5. Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam (29 & 30 Jun 2013)

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan