Kes Dadah: Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek, Tiga Pekerja Bela Diri - Berita Hiburan | mStar

Kes Dadah: Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek, Tiga Pekerja Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon dan pelawak Saiful Apek (tengah) bersama Shaiful Shahrom (baju putih hijau), Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya (baju kelabu) dan Noremy Mohamed (belakang) diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Rabu. Mereka didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas. - Foto BERNAMA
Pelakon dan pelawak Saiful Apek (tengah) bersama Shaiful Shahrom (baju putih hijau), Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya (baju kelabu) dan Noremy Mohamed (belakang) diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Rabu. Mereka didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintah membela diri atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Alim berkata beliau cuba melihat kerompongan dalam kes pendakwaan namun semuanya mempunyai penjelasan.

"Ujian air kencing keempat-empat tertuduh juga positif, jadi bagaimana mahkamah boleh katakan bahawa pegawai yang menjalankan ujian air kencing itu berbohong?

"Manusia lakukan kesilapan, dan menghisap dadah pun satu kesilapan. Mahkamah mementingkan keadilan, jadi saya ketepikan semua perintah Majistret dan kesemua responden diperintah membela diri dalam kes ini di Mahkamah Majistret yang sama," katanya.

Abdul Alim menetapkan Isnin ini untuk sebutan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pada 25 Jun tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan