Sharon, Ozzy Osbourne Selamatkan Rumah Tangga - Berita Hiburan | mStar

Sharon, Ozzy Osbourne Selamatkan Rumah Tangga

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharon dan Ozzy telah berkahwin selama 31 tahun.
Sharon dan Ozzy telah berkahwin selama 31 tahun.

PASANGAN Sharon dan Ozzy Osbourne dilaporkan mengambil keputusan untuk memberi peluang kedua kepada perkahwinan mereka dan berbaik semula.

Mereka yang telah berkahwin selama 31 tahun sebelum ini berpisah dan tinggal dirumah berasingan dan Sharon dilaporkan mahu bercerai dengan suaminya itu.

Sharon dikatakan tidak tahan dengan perangai suaminya yang mengambil dadah tanpa pengetahuannya sejak setahun lalu dan kembali kepada tabiat lama.

Bagaimanapun Sharon baru-baru ini dilihat memakai kembali cincin perkahwinannya lapor The Sun.

Malah pembantu peribadi Ozzy telah memindahkan semula barang-barangnya ke rumah asalnya selepas menyewa sebuah rumah di Beverly Hills sebelum ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan