Berita Pukul Suami Beri Kesan Pada Sharifah Nadia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharifah Nadia memberitahu berita mengenai dia memukul suaminya telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar.
Sharifah Nadia memberitahu berita mengenai dia memukul suaminya telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar.

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo iaitu Sharifah Nadia mengakui laporan dia didakwa mencederakan suaminya telah meninggalkan kesan kepada kehidupan peribadinya.

Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, berkata, berita berkenaan telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar.

"Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya.

"Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sharifah pada 20 Mac lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40 dengan mencalarkan tangannya pada November tahun lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Sharifah berkata, dia tidak perlu mempertahankan diri tentang berita yang dilaporkan akhbar tentangnya kerana ia tidak penting buat masa ini.

Jelas Sharifah, kebenaran akan terbukti di mahkamah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan telahan masyarakat tentang kisah rumah tangganya.

"Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain," katanya.

Mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak September 2011 dan dalam proses penceraian, Sharifah memberitahu kes berkenaan masih berjalan dan dia juga turut menfailkan kes dia dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.

Hasil perkahwinan dengan Lob, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Lob Ahmad Dani (6 tahun), Puteri Anis Khairah (5 tahun) dan Lob Umar Faiq (3 tahun).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan