Hazama Tidak Mahu Jadi Pelawak

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hazama Azmi
Hazama Azmi

SUBANG JAYA: Penyanyi Hazama Ahmad Azmi, 29, mengakui tidak mahu terlalu banyak membawa watak komedi demi menjaga kepentingan dalam bidang nyanyian.

Jelas Hazama, dia tidak mahu konsentrasi terhadap nyanyian terganggu apabila menyanyikan lagu-lagu berunsur sedih atau serius.

"Saya kalau boleh tidak mahu bawa terlalu banyak watak-watak komedi, nanti orang akan ingat muka saya sebagai pelawak pula.

"Susah juga jika saya menyampaikan lagu-lagu sedih nanti tidak sampai sebab mereka mungkin menganggap saya sedang melawak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hazama berkata, pada peringkat awal penglibatannya dalam bidang lakonan ini, dia lebih selesa bekerja dibawah arahan Ahmad Idham.

"Saya masih baru dalam bidang ini dan saya rasa abang Ahmad Idham lebih memahami dan mengetahui kelebihan dan kekurangan saya.

"Setakat ini saya akui masih takut untuk terima tawaran daripada produksi lain, tapi bukan bermakna saya anak emas kepada abang Idham," ujarnya.

Bercerita tentang lakonannya dalam filem Lari, Hazama berkata ia merupakan pengalaman manis disamping berlakon dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

"Filem ini banyak aksi yang kena buat sendiri, ia mencabar dan beri satu pengalaman yang berbeza.

"Saya juga bertuah dapat berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Dira Abu Zahar," ujarnya.

Filem aksi kormersial arahan Ahmad Idham ini mengangkat isu pemerdagangan manusia di mana, Khalil lakonan Aaron Aziz berjuang mencari adiknya Ina (Erin Malik) yang dilarikan oleh sendiket pelacuran. Filem Lari bakal ditayangkan diseluruh negara pada 6 Jun depan termasuk Singapura dan Brunei.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan