Beyonce Knowles Nafi Hamil Lagi

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce bersama anaknya Blue Ivy Carter.
Beyonce bersama anaknya Blue Ivy Carter.

SEKIAN lama membisu akhirnya Benyonce Knowles membuat kenyataan mengenai khabar angin dia kini sedang mengandung anak kedua.

Menurut laporan Dailymail, isteri kepada penyanyi rap dan komposer Jay Z itu tidak senang dengan khabar angin itu dan menyifatkan individu yang menyebarkan berita tersebut seperti tidak mempunyai kerja lain untuk dibuat.

"Sejak awal lagi saya tidak boleh menghentikan gosip dan tidak boleh mengubah pemikiran orang yang terlanjur mempercayainya.

"Apa yang saya hanya mampu lakukan ialah duduk dan mentertawakan individu-individu yang tidak punya kerja selain membuat khabar angin tentang diri saya," katanya.

Gosip kehamilan kedua Beyonce tercetus apabila dia muncul dengan perut yang sedikit buncit pada salah satu konsertnya, malah media E! News turut mengesahkan berita tersebut.

Beyonce sendiri telah memiliki seorang anak bersama Jay Z, Blue Ivy Carter yang lahir pada 7 Januari 2012, itu pun dia terpaksa menghadapi kontroversi sepanjang kehamilannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan