Anak Aaron Aziz Jadi Penyelamat "Romeo Kota"

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron memberitahu tidak mempunyai masalah sekiranya anak-anaknya mahu terlibat dalam dunia seni.
Aaron memberitahu tidak mempunyai masalah sekiranya anak-anaknya mahu terlibat dalam dunia seni.

SUBANG JAYA: Pelakon Aaron Aziz mengakui penglibatan anak keduanya, Dwi Ariana, 6, dalam bidang lakonan adalah secara tidak sengaja apabila mengantikan salah seorang watak kanak-kanak untuk filem pertama arahannya, Romeo Kota.

Tambah Aaron, dia melihat Dwi Ariana mempunyai bakat tersendiri dan mudah menghafal skrip serta dapat menghayati watak yang diberi kepadanya.

"Saya tidak menghalang, mahu pun mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan, tapi kalau itu yang mereka pilih saya hanya memberi dorongan.

"Pada awalnya Dwi Ariana menjadi penyelamat saya apabila salah seorang pelakon tambahan kanak-kanak tidak dapat hadir, dan saya memujuk dia untuk mengantikan tempat pelakon itu," ujarnya ketika ditemui pada previu filem Lari, disini, malam Khamis.

Aaron mengakui sering memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran.

"Jika dari pemerhatian saya, ketiga-tiga mereka ada bakat tersendiri tapi yang lebih menonjol setakat ini adalah anak kedua saya.

"Baru-baru ini juga dia ditawarkan berlakon untuk Disney Land cerita Princess Fiona dan dia perlu menggunakan dua bahasa iaitu Inggeris dan bahasa Melayu.

"Saya lihat dia bersungguh-sungguh menghafal skrip dalam bahasa Melayu itu kerana bahasa Melayu dia agak teruk dan dia berjaya buat dengan baik," ujarnya.

Jelas Aaron, dia turut mengajar anaknya mencari duit sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahu.

"Dia minta saya beli beg jenama Miu Miu, tapi saya tidak belikan kerana agak mahal, dan dia minta saya duit berlakon itu untuk beli beg itu," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang filem lakonan terbarunya berjudul Lari, Aaron mengakui berpuas hati dengan lakonannya dalam filem aksi tersebut.

"Filem ini 60 peratus adalah lakonan dan aksi saya sendiri, sebelum kita mula penggambaran ada bengkel dilakukan dengan pelakon-pelakon lagak ngeri.

"Kita bincang dulu apa yang perlu dibuat, pelakon-pelakon lagak ngeri daripada filem Ong-Bak sangat profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.

Jelas Aaron, aspek keselamatan sangat diutamakan oleh pengarah, Ahmad Idham agar kesemua pelakon tidak mengalami kecederaan.

Filem Lari mengisahkan Khaliff lakonan Aaron Aziz berhadapan dengan satu konflik apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sendiket pemerdagangan manusia, manakala ayahnya mati dibunuh.

Filem ini bakal ditayangkan dipawagam seluruh negara pada 6 Jun depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan