Jais Sahkan Shah Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat - Berita Hiburan | mStar

Jais Sahkan Shah Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizal Jaszle
Shahrizal Jaszle

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam dan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu gagal apabila Shahrizal tidak menjawab panggilan yang dibuat sejak malam tadi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan