Hati Luna Maya Belum Terbuka Untuk Ariel

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luna Maya tidak mahu memikirkan tentang cinta buat sementara waktu ini. Foto YAP CHEE HONG
Luna Maya tidak mahu memikirkan tentang cinta buat sementara waktu ini. Foto YAP CHEE HONG

KUALA LUMPUR: Selebriti popular Indonesia Luna Maya menyifatkan perhubungannya dengan bekas kekasih, Ariel (Noah) tidak lebih daripada sebagai kawan meskipun saling bekerjasama menjadi rakan kongsi dalam perniagaan fesyen di bawah jenama Hardware.

Luna, 30, berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pun termasuklah Ariel kerana lebih selesa bergelar solo buat masa ini.

"Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi dalam perniagaan, tidak lebih daripada itu.

"Kami pun tidak mengambil peduli tentang kisah lama yang pernah dilalui sebelum ini dan pada masa sama tidak kisah dengan apa yang akan terjadi pada masa akan datang nanti.

"Cuma apa yang saya boleh cakap sekarang ini, saya selesa solo. Biarlah masa dan takdir menentukan siapa jodoh kita. Lagipun apa-apa kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Luna ditemui pada pelancaran filem pengarahan pertamanya berjudul Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Luna dan Ariel pernah bercinta selama beberapa tahun namun hubungan itu terputus ketika Ariel masih lagi berada di penjara sebelum dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Tidak lama kemudian, Ariel dan Luna menjadi rakan kongsi perniagaan fesyen pula memperkenalkan kasut jenama ARL by Hardware dan LM by Hardware.

Mengenai filem Pintu Harmonika, ia merupakan percubaan pertama Luna mengarahkan filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.

"Ia merupakan sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama.

"Mujurlah ada bantuan dua pengarah yang membuatkan kerja saya sedikit senang, cuma yang sukarnya ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian yang sepenuhnya agar perjalanan cerita tidak meleret," ujarnya.

Pintu Harmonika yang diterbitkan oleh Malka Pictures turut dibarisi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail.

Menariknya filem ini akan ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First, serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini.

Para pelanggan yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem tersebut akan ditayangkan dalam tempoh masa 24 jam.

Tambah Luna, sekiranya filem Pintu Harmonika mendapat respons baik daripada penonton, dia mungkin akan bekerjasama lagi dengan pihak Astro untuk tayangan filem arahan keduanya pula.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Saluran hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, ini merupakan kali pertama memasukkan filem Indonesia ke saluran Astro First dan berharap saluran tersebut akan divariasikan bukan sahaja daripada filem-filem tempatan tetapi juga luar negara.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan