Mahu Elak Kanser, Angelina Jolie Buang Payudara

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelina Jolie
Angelina Jolie

PELAKON Angelina Jolie membuat pendedahan bahawa dia baru sahaja menjalani proses pembuangan payudaranya iaitu Double Mastectomy.

Angelina atau lebih selesa dipanggil Angie berkata dia berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak terkena dengan penyakit kanser payudara.

Menurut laporan portal New Kerala, selepas membuat rawatan kesihatan pada Januari lalu, aktres berusia 37 tahun itu mendapati peratusan dia mendapat kanser payudara adalah sebanyak 87 peratus (%) manakala 50% pula risiko untuk kanser rahim.

"Proses pembedahan telah mula dijalankan sejak Februari lalu dan kini peratusan risiko mendapat kanser payudara turun mendadak iaitu hanya 5%," katanya.

Beritahu kekasih Brad Pitt itu, ibunya pernah melawan penyakit kanser itu selama 10 tahun dan meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Jadi dia enggan melalui penderitaan seperti ibunya dan berharap pendedahan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada wanita lain menerusi pengalamannya itu.

Dalam pada itu, Angie turut bersyukur apabila Brad sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya sepanjang proses pembuangan payudara itu dilakukan.

Malah keadaannya itu membuatkan pasangan itu lebih mesra daripada biasa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan