8 Tahun Jadi Artis Buat Marsha Milan Lebih Matang

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marsha Milan Londoh kerja-kerja seninya kini lebih matang. Foto UTUSAN
Marsha Milan Londoh kerja-kerja seninya kini lebih matang. Foto UTUSAN

SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi Marsha Milan menyifatkan pengalaman selama lapan tahun dalam industri seni tempatan membuatkan dirinya lebih matang dalam hal menguruskan kerjayanya.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 28, berkata, kematangan itu mungkin hadir kerana faktor usia serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar selebriti.

"Banyak faktor sebenarnya yang telah membuatkan diri saya lebih matang. Seperti kata orang, pengalaman banyak mengajar kita.

"Sekarang ini, saya lebih yakin berkaitan dengan bidang nyanyian dan lakonan di mana saya tahu apa yang saya inginkan, terutamanya berkaitan dengan muzik.

"Kematangan yang saya rasa sekarang ini juga bukan mudah diperoleh, semua ini memerlukan kerja keras dan kesabaran yang tinggi," katanya.

Marsha ditemui pada majlis pelancaran Marsha sebagai duta produk BioEnergy serta pelancaran single terbaharu penyanyi itu iaitu Jujur Bilang Cinta di Hotel Holliday Inn di sini, Rabu.

Bagaimanapun tambah Marsha, walaupun matang pada dua bidang itu, dia masih lagi belum mahir dalam kerja-kerja pengacaraan lagi memandangkan ia masih baru buat dirinya.

"Saya mula serius dengan pengacaraan selepas diberi peluang menjayakan program Propaganza dania akan bersambung untuk musim ketiga pula tidak lama lagi.

"Jujurnya, saya masih belum mahir di bidang ini dan perlu mengasah bakat dengan lebih baik lagi," tuturnya.

Mengenai kerjasamanya sebagai duta produk BioEnergy, Marsha akan mengikat kontrak dengan pihak produk berkenaan selama setahun.

"Pada mulanya, saya diberi cadangan menggunakan beberapa set penjagaan kecantikan BioEnergy dan kemudian, selepas merasakan kesannya, pihak BioEnergy terus berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan saya sebagai duta produk mereka.

"Kerjasama kami pula lebih pada konsep situasi 'menang-menang' di mana saya akan turun mempromosikan produk ini di beberapa lokasi dan pada masa sama memperkenalkan single lagu terbaharu saya, Jujur Bilang Cinta," ujarnya.

Sementara itu, mengenai Jujur Bilang Cinta, ia merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Marsha di mana liriknya menceritakan tentang kisah cinta yang pernah dilalui sebelum ini.

"Ini merupakan ciptaan saya kali ketiga selepas lagu Bila dan Janji.

"Asalnya saya mencipta lagu ini sekadar untuk meluahkan emosi, tetapi tidak lama selepas itu saya membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai 'single'.

"Menariknya tentang lagu ini, liriknya bersifat terus terang mengenai luahan perasaan saya," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan