Suri Cruise Sudah Ada Label Fesyen Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suri Cruise
Suri Cruise

WALAUPUN usia Suri Cruise baru tujuh tahun, namun selera fesyennya terlalu tinggi sehinggakan anak tunggal Tom Cruise dan Katie Holmes kini bakal memiliki label fesyennya sendiri.

Menurut laporan portal The Sun, Suri telah menandatangani perjanjian bernilai RM6.8 juta (£1.5 juta) pada pelancaran karya fesyennya dan nama Suri akan digunakan sebagai nama label tersebut.

Koleksi pertama Suri akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini di sebuah pusat membeli-belah di New York dan sekiranya berjaya, fesyen Suri akan diperluaskan ke Amerika Utara pula pada tahun depam.

"Suri baru sahaja tujuh tahun tetapi sangat tertarik dengan hal-hal berkaitan pakaian.

"Dia telah melalui saat-saat sukar untuk serasi di New York, termasuklah terpaksa belajar di sekolah biasa seperti kanak-kanak lain. Jadi label fesyen ini sebagai tempat dirinya menghilangkan tekanan," kata sumber.

Dalam pada itu, Katie akan membantu anak perempuannya daripada segi idea-idea rekaan baru.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan