Zaleha Menang RM12,500 Teka Ketawa Artis Suria FM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pemenang peraduan Seratus Ribu Suria iaitu Zaleha dan Roslinawati bergambar kenangan bersama penyampai radio Suria FM iaitu Seri dan Wan Ajaib ketika majlis penyerahan cek kemenangan di konti Suria FM 7 Mei lalu.
Para pemenang peraduan Seratus Ribu Suria iaitu Zaleha dan Roslinawati bergambar kenangan bersama penyampai radio Suria FM iaitu Seri dan Wan Ajaib ketika majlis penyerahan cek kemenangan di konti Suria FM 7 Mei lalu.

PETALING JAYA: Usaha gigih dalam mendapatkan maklumat menerusi carian di Google berjaya membawa tuah kepada Zaleha Idris dari Shah Alam apabila memenangi wang tunai sebanyak RM12,500 selepas berjaya meneka lima ketawa selebriti mengikut turutan dalam peraduan Seratus Ribu Suria di Suria FM.

Zaleha, 56, berkata, setiap hari dia akan mengkaji tentang jawapan yang diberikan oleh peserta lain dan membuat carian di Google untuk mendapatkan jawapan yang tepat peraduan itu.

"Setiap hari saya akan mengkaji tentang peraduan ini. Saya juga akan catat siapakah nama selebriti yang disebut oleh para pendengar lain selain klu yang diberikan oleh juri.

"Alhamdulillah setelah tiga kali berusaha meneka peraduan itu, akhirnya percubaan saya membuahkan hasil," ujarnya.

Zaleha menjawab dengan tepat pada segmen Selamat Malam Suria bersama Bob Ringgo yang disiarkan pada 19 April lalu dengan meneka ketawa penyampai radio JJ dari Red FM, Rozita Che Wan, Datuk Aziz Satar, Jaclyn Victor dan Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Zaleha berkata, dia menangis selepas diberitahu Bob dia berjaya menjawab dengan betul kerana tidak menyangka akan kemenangan itu.

"Insya-Allah wang ini saya akan simpan untuk pendidikan anak-anak dan saya juga ingin mendermakannya kepada masjid-masjid yang saya kunjungi”, katanya.

Sementara itu, bagi Roslinawati Ismail dari Jinjang Utara, Kuala Lumpur yang menjadi peserta kedua memenangi wang tunai sebanyak RM12,000 berkata, dia bertuah apabila pemanggil sebelumnya telah menyusun dengan betul empat ketawa selebriti dengan tepat.

Roslinawati, 30, berkata, dia hanya mencuba nasib dengan meneka ketawa terakhir yang disiarkan adalah milik penyanyi Stacy dan tidak menyangka ia tepat.

"Empat ketawa selebriti telah disusun dengan betul oleh pendengar sebelumnya cuma ketawa selebriti kelima tidak tepat.

"Jadi saya merasakan ketawa itu seperti Stacy dan apabila saya meletakkan ketawa itu pada susunan kelima, tidak sangka ia betul," ujarnya.

Roslinawati menang wang berkenaan menerusi segmen Ceria Petang bersama Linda Onn pada 26 April lalu apabila berjaya menyusun ketawa Alyah, Black, Ayu Damit, Awi Rafael dan Stacy.

Majlis penyerahan cek kepada dua pemenang tersebut telah diadakan di studio Suria FM pada 7 Mei lalu oleh penyampai radio stesen itu, Seri (Santai Ceria) dan Wan Ajaib (Grandstand Suria).

Peraduan berkenaan masih berbaki dua minggu lagi dan para pendengar boleh mendengar Suria FM untuk memperoleh isyarat memanggil selain mendapatkan klu di www.suriafm.com.my dan Facebook Suria FM.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan