Vokalis Green Day Panggil Psy 'Virus Berjangkit' - Berita Hiburan | mStar

Vokalis Green Day Panggil Psy 'Virus Berjangkit'

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Psy berterima kasih kepada Billy kerana menyelarnya dengan panggilan virus herpes.
Psy berterima kasih kepada Billy kerana menyelarnya dengan panggilan virus herpes.

VOKALIS kumpulan Green Day, Billy Joe Armstrong menyelar penyanyi Psy yang cukup popular di seluruh dunia dengan memanggilnya virus herpes (berjangkit) dalam dunia muzik.

Billy berkata demikian menerusi sekeping foto Psy yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya dan tindakannya itu telah mengundang perbalahan di kalangan peminatnya dan Psy.

Bagaimanapun, Psy dalam satu temu bual tenang dengan tindakan Billy malah berterima kasih terhadap penyanyi itu.

"Saya perlu bertemu dengannya. Siapa nama dia? Billy? Dia memanggil saya virus herpes? Saya menyukainya, terima kasih," ujarnya ketika muncul dalam program Fuse.

Psy berkata, dia ingin membuktikan bahawa dia bukan artis bersifat sementara dan berusaha mengulangi kejayaan Gangnam Style menerusi lagu terbaharunya, Gentleman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan