Tiga Program Menarik Sempena Hari Ibu Di TV3

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauziah akan muncul dalam drama Takbur Mama pada Sabtu, pukul 10 malam menerusi slot Cerekarama.
Fauziah akan muncul dalam drama Takbur Mama pada Sabtu, pukul 10 malam menerusi slot Cerekarama.

PETALING JAYA: Sempena meraikan sambutan Hari Ibu yang disambut pada 11 Mei setiap tahun, stesen TV3 akan menyajikan pelbagai program menarik khas bagi meraikan golongan berkenaan pada hari istimewa itu.

Bakal menyajikan tiga program hebat, sambutan itu akan dimulakan menerusi slot Cerekarama dengan sebuah drama lakonan Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Fauziah Nawi berjudul Takbur Mama pada Sabtu, pukul 10 malam.

Ia diteruskan dengan tayangan filem Anak Mami The Movie lakonan Farouk Hussein, Emylia Rosnaida dan Zahida Rafik pada 12 Mei pukul 3 petang.

Program Wanita Hari ini yang bersiaran pada hari Isnin pukul 12 tengah hari pula akan memfokuskan tentang anugerah dan pengorbanan seorang ibu dan topik-topik lain yang menarik.

CEREKARAMA: ‘TAKBUR MAMA’ – Sabtu, 11 Mei 2013, pukul 10.00 malam

Taqifah merupakan seorang anak yatim dan telah berkahwin dengan Azman. Namun perkahwinannya tidak direstui oleh ibu mertuanya. Ketika pulang ke rumah, Azman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya koma.

Ibu mertua Taqifah mengambil peluang ini untuk memisahkan Azman dengan Taqifah. Taqifah yang sedang sarat mengandung ketika itu telah dikurung oleh ibu mertuanya.

Kemudian ibu mertuanya merancang untuk berjumpa bomoh dengan tujuan menghancurkan hidup menantunya itu. Namun takdir telah menentukan segalanya.

Ibu mertua dan adik iparnya meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu menuju ke rumah bomoh itu. Sementara itu, Azman juga telah menghembuskan nafas terakhirnya dan keadaan Taqifah pula ketika itu amat tenat kerana berlaku pendarahan pada kandungannya. Apakah yang terjadi seterusnya?

Pelakon: Lisdawati, Fauzi Nawawi, Norlia Ghani, Fizz Fairuz, Lana Nordin, Julia Ziegler, Qazem Nor

WAYANG: ANAK MAMI THE MOVIE’ – Ahad, 12 Mei 2013, pukul 3.00 petang

Filem ini mengisahkan tentang Aniq yang berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga masing-masing kerana sikap keluarga mereka yang akan mengaturkan perkahwinan anak-anak.

Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya pihak universiti mengadakan program keluarga angkat di mana Amelia tinggal di rumah keluarga Aniq sebagai anak angkat, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia dengan tujuan untuk memikat bakal mertua masing-masing.

Namun rancangan mereka mempunyai masalah apabila Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Pelakon: Farouk Hussin, Emylia Rosnaida, Fiza, Shukor Mohaideen, Zahida Rafik, Norlia Chani, Kartina Aziz, Pi’e.

WANITA HARI INI ISTIMEWA HARI IBU - Isnin, 13 Mei 2013, jam 12.00 tengah hari

Program bual bicara tempatan khusus untuk wanita, Wanita Hari Ini (WHI) akan meraikan Hari Ibu dengan gayanya tersendiri. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hos-hos WHI menyambut hari istimewa ini menerusi topik ‘Ibu...Anugerah Paling Bermakna’ dalam menghargai pengorbanan golongan ibu.

Terdapat pelbagai perisian menarik bakal dipaparkan di episod istimewa ini dan antara topik yang akan dibincangkan ialah Teknik Bayi Tabung atau lebih dikenali sebagai IVF (In Vitro Fertilization). Nantikan tetamu undangan yang bakal muncul dalam studio WHI nanti!

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan