Kes Rita Rudaini & Syarikat Produksi Dijangka Selesai Isnin Ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita Rudaini (kiri) menunjukkan laporannya terhadap sebuah syarikat produksi kepada Zaharin Ishak dalam pertemuan pada 25 April lalu.
Rita Rudaini (kiri) menunjukkan laporannya terhadap sebuah syarikat produksi kepada Zaharin Ishak dalam pertemuan pada 25 April lalu.

PETALING JAYA: Kes persengketaan melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar dengan sebuah syarikat produksi yang mengugutnya untuk menuntut wang hampir RM100,000 dijangka dapat diselesaikan apabila kedua-dua pihak akan dipertemukan pada Isnin ini.

Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zaharin Ishak berkata, selepas mengambil keterangan mereka secara berasingan sebelum ini, persatuan itu akan mengaturkan satu lagi sesi secara bersama bagi memuktamadkan masalah yang berlaku.

“Pihak Seniman sudah mendengar penjelasan Rita dan juga wakil syarikat produksi berkenaan secara berasingan tetapi pada hari Isnin nanti, mereka akan dipertemukan untuk menjelaskan masalah berbangkit.

“Dalam pertemuan itu nanti, kita akan mendengar luahan mereka sebelum apa-apa keputusan lain dibuat,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Pada 25 April lalu, Rita, 37, telah membuat laporan di Pejabat Seniman, Taman Melawati dekat sini selepas mendakwa menerima ugutan daripada sebuah syarikat produksi yang mahu membuat penggambaran semula hampir RM100,000 selepas Rita menarik diri membintangi drama bersiri terbitan syarikat berkenaan.

Rita yang hanya sempat melakukan penggambaran selama empat hari membuat keputusan enggan terlibat dalam drama itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap tidak profesional syarikat berkenaan dalam menguruskan hal-hal produksi.

Zaharin berkata, dalam pertemuan sebelum ini, pihaknya dimaklumkan syarikat berkenaan masih belum mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Rita dan bersetuju untuk berbincang mengenai masalah tersebut.

Seniman juga katanya menjangkakan satu keputusan positif bakal diterima dalam pertemuan mereka pada Isnin nanti.

“Kami berharap masalah Rita dengan syarikat berkenaan dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada apa-apa tindakan mahkamah,” katanya.

Sementara itu mengenai kes pelakon Ezany Nizarif, Man (Raja Lawak) dan Adam Corrie Lee Abdullah yang mendakwa disenaraihitamkan oleh stesen televisyen di negara ini Zaharin berkata, masalah mereka akan diuruskan dalam waktu terdekat selepas tertangguh kerana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan