Pereka Tari Tuntut Pampasan Kerana Dicabul Michael Jackson - Berita Hiburan | mStar

Pereka Tari Tuntut Pampasan Kerana Dicabul Michael Jackson

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mendiang Michael sekali lagi dituduh mencabul kanak-kanak.
Mendiang Michael sekali lagi dituduh mencabul kanak-kanak.

KELUARGA mendiang Michael Jackson sekali lagi menerima tamparan hebat apabila pereka tari, Wade Robson mendedahkan dalam sebuah dokumen kepada mahkamah bahawa dia pernah menjadi mangsa pencabulan penyanyi itu ketika kecil.

Wade dalam dokumen kepada mahkamah itu turut meminta sejumlah wang pampasan berhubung insiden berkenaan dan dia berasakan layak menerima sebahagian harta warisan Michael disebabkan zaman kanak-kanaknya hancur kerana penyanyi itu.

Penari yang berusia 30 tahun itu pernah bekerjasama dengan bintang pop terkenal seperti Britney Spears, Nsync, Usher dan Pink selain pernah muncul dalam program So You Think You Can Dance.

Wade pertama kali bertemu dengan Michael ketika berusia lima tahun dan ketika usianya mencecah tujuh tahun, dia pernah tidur di kediaman penyanyi itu di Neverland, Los Angeles dan Las Vegas sehingga berusia 14 tahun.

Pada tahun 2005, Wade membuat kenyataan di memberitahu mahkamah dia tidak pernah dicabul oleh penyanyi terkenal itu ketika Michael dibicarakan kes pencabulan terhadap seorang kanak-kanak.

Bekas pembantu rumahnya, Blanca Francia memberitahu mahkamah dia pernah melihat Michael dan Wade yang ketika itu berusia sembilan tahun mandi bersama-sama.

Dalam pada itu, selain meminta wang pampasan terhadap harta Michael, dalam dokumen tersebut Wade turut menyenaraikan secara terperinci pengalaman dan perbuatan penyanyi itu terhadapnya.

Malah pihak peguam memberitahu seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang merawat Wade turut disebut dalam dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, maklumat dalam dokumen tersebut tidak didedahkan kepada umum.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan