Sherry Ibrahim Minta Tidak Dikaitkan Dengan Ashraf Muslim

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sherry Ibrahim
Sherry Ibrahim

PETALING JAYA: Pelakon Sherry Ibrahim berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan aktor Ashraf Muslim, 32, lebih-lebih lagi kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sejak putus cinta kira-kira empat tahun lalu.

Sherry, 30, berkata, dia juga enggan dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa Ashraf yang juga pengamal perubatan Islam itu akan berkahwin lagi memandangkan urusan itu tiada kaitan dengan dirinya.

"Jujurnya, saya tidak membaca gosip-gosip di media dan saya tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu.

"Apabila pihak media meminta saya komen tentang isu Ashraf mahu kahwin dua, saya tak boleh nak komen sebab ia tiada kaitan dengan diri saya.

"Lagipun itu hal adalah urusan rumah tangga dia yang saya rasa ia tidak elok untuk saya memberi sebarang pandangan," katanya.

Sherry ditemui pada pelancaran drama arahannya iaitu Teduhan Kasih di Sri Pentas TV3 di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Ashraf dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.

Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar pada Rabu melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi. Tambah Sherry, dia berharap tidak dikaitkan lagi dengan aktor itu lebih-lebih lagi dia kini sudah pun memiliki kekasih.

Katanya, kekasihnya itu merupakan seorang lelaki Mauritius yang dikenalinya ketika bertugas sebagai pramugari sejak setahun lalu di syarikat penerbangan Qatar Airways.

"Saya sudah ada kekasih dan kami telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.

"Bagaimanapun saya tak boleh nak ceritakan siapa dia. Cukuplah yang orang tahu saya sudah berpunya," tuturnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan