Sharifah Aini Berubah Wajah Kerana Steroid

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perubahan wajah Sharifah Aini dapat dilihat pada gambar terbaharunya (kanan) dan gambar beberapa tahun lalu.
Perubahan wajah Sharifah Aini dapat dilihat pada gambar terbaharunya (kanan) dan gambar beberapa tahun lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Sharifah Aini menolak dakwaan kononnya beliau melakukan teknik kecantikan ataupun suntikan botoks ekoran keadaan wajahnya yang kelihatan semakin berbeza.

Sharifah, 59, sebaliknya berkata, perubahan itu adalah disebabkan kesan terhadap pengambilan steroid secara berterusan ekoran mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu.

"Memang muka Kak Pah kelihatan berisi dan mengembung kerana kesan daripada pengambilan steroid yang akan menyebabkan muka jadi ‘sembab’ dan bukannya kerana membuat apa-apa suntikan botoks ataupun lain-lain.

"Sebelum ini keadaan muka Kak Pah kelihatan lebih bengkak berbanding sekarang kerana pengambilan hampir 80 miligram steroid tetapi ia sudah beransur surut kerana pengambilan ubat tersebut telah dikurangkan kepada 5 miligram sahaja," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Malam Amal Bersama 3 Diva di Restoran Khadijah's Kitchen di sini, Rabu.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah diminta mengulas mengenai perubahan wajahnya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini terutama pada bahagian pipi, dagu dan bibir.

Tambah Sharifah, wajahnya kelihatan jauh lebih muda daripada usianya kerana beliau telah mengamalkan penjagaan kulit sejak berusia 18 tahun.

"Orang mungkin mempertikaikan perkara itu tetapi amalan saya yang menjaga wajah sejak muda banyak membantu dan memberi kesan kepada usia sekarang," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharifah berkata, beliau kecewa apabila ada pihak yang cuba memfitnahnya dengan menyebarkan berita tidak benar tentang perubahan wajahnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan buruk sangka dengan pendedahan berkenaan.

"Orang tidak tahu cerita, mereka mula menuduh perkara yang mereka sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Tidak baik buruk sangka terhadap orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Sharifah berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan bersama Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid pada malam amal berkenaan yang akan diadakan pada 12 Jun depan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Ini adalah kelainan persembahan ini dan tidak sabar rasanya untuk tampil di pentas bersama mereka," katanya.

Sharifah turut memberitahu beliau berbesar hati dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan misi itu untuk kebajikan ibu tunggal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan