Bekas Isteri Jimmy Diarah Ubah Permohonan

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suhaila dan peguam syarie, Saadiah Din ketika ditemui media diluar Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Khamis.
Suhaila dan peguam syarie, Saadiah Din ketika ditemui media diluar Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Khamis.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis memerintahkan peguam syarie, Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila Eliani Suhaimy supaya meminda semula permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah mengenai hak bermalam kepada pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley terhadap anak mereka, Zahrah Rania.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man berkata, permohonan Suhaila selaku plaintif yang dibuat pada 19 April lalu itu tidak jelas dan mengelirukan selain akan menimbulkan masalah lain terhadap perintah asal yang dibuat mahkamah pada 8 April lalu.

"Dalam permohonan yang dibuat pihak plaintif, tidak jelas dan seolah-olah mahu menggantung hak lawatan dan bermalam defendan (Jimmy) terhadap anak (Zahrah).

"Malah jika penggantungan hak bermalam itu dilakukan ia akan menimbulkan masalah lain kepada keputusan yang dibuat mahkamah sebelum ini," jelasnya.

Pada 8 April lalu, Mawardi memutuskan hak penjagaan anak perempuan pasangan itu diberikan kepada Nursuhaila manakala Jimmy memperoleh hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu.

Jimmy mendapat hak untuk bersama anaknya bermula pada pukul 10 pagi bermula hari Selasa sehingga Khamis, pukul 6 petang setiap minggu selain dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Jimmy iaitu Mohd Noor Raizan memberitahu mahkamah, anak guamnya masih belum mendapat hak lawatan dan bermalam sejak mahkamah memutuskan perintah tersebut.

Mohd Noor menjelaskan permohonan Nursuhaila mengelirukan dan pihaknya memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu kepada satu tarikh lain supaya plaintif dapat meminda afidavit yang dibuat.

Mawardi memerintahkan peguam syarie, Saadiah Din supaya meminda semula afidavit berkenaan kepada mahkamah pada 13 Mei ini sebelum dibalas oleh pihak defendan pada 27 Mei depan.

Beliau juga menetapkan 6 Jun sebagai tarikh untuk kedua-dua belah pihak membuat soal balas terhadap balasan afidavit tersebut sebelum penghujahan dibuat pada 11 Jun berikutnya.

Sementara itu, Saadiah ketika ditemui berkata, pihaknya membuat permohonan itu kerana keadaan kesihatan Zahrah yang tidak sihat dan faktor kanak-kanak itu masih kecil.

Menurutnya, permohonan penggantungan sebahagian perintah itu hanya untuk sementara dan bukannya secara kekal terhadap Jimmy.

"Zahrah masih kecil dan dia mempunyai masalah lelah. Kami berpendapat tidak sesuai buat masa ini Jimmy bermalam kerana keadaan Zahrah yang masih boleh belum menguruskan dirinya.

"Permohonan penggantungan perintah itu hanya buat sementara dan bukannya untuk menidakkan hak Jimmy sebagai seorang bapa," jelasnya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM1 pada 10 Oktober 2012.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan