Aliff Aziz Mengaku Cepat Jatuh Cinta

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aliff Aziz
Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz menjelaskan dia seorang yang cepat jatuh cinta apatah lagi jika berkenalan dengan mana-mana wanita yang serasi dengannya.

Bagaimanapun Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, perasaan itu tidak akan terjadi jika dia sudah mempunyai kekasih kerana dia merupakan seorang yang benar-benar setia dalam perhubungan.

"Dalam ramalan mengenai sifat diri saya yang Aquarius, saya seorang lelaki jenis yang mudah jatuh cinta tetapi akan setia pada yang satu.

"Apabila membaca ramalan itu, saya terasa ia benar-benar berkaitan dengan diri saya," katanya.

Tambah Aliff, dia juga senang apabila berada di samping wanita yang dicintai yang mampu memberikan sokongan tatkala dilanda susah dan senang.

Sementara itu, Alif memberitahu, dia seorang yang sangat terbuka dalam berkongsi hal peribadi menerusi laman sosial agar peminat-peminat dapat mengenalinya dengan rapat.

"Saya seorang yang jujur apabila menceritakan hal peribadi dan sangat terbuka tentang perkara itu.

"Tetapi keterbukaan itu hanya dilakukan dalam laman sosial seperti di Twitter dan Instagram sahaja. Ia ibarat sebuah diari untuk kita meluahkan rasa sedih dan gembira," tuturnya.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang ini, perkongsian yang dibuat itu bukan kerana ingin mencari publisiti murahan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan