'Aeril Zafrel Tipu Saya, Akan Dapat Balasan' - David Teo

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Teo
David Teo

PETALING JAYA: Penerbit David Teo memberitahu pelakon Aeril Zafrel memperdayakannya dengan mendakwa ingin mempelajari ilmu agama sehingga mendorong dia menamatkan kontrak pengurusan artis di bawah syarikatnya iaitu Metrowealth International Group (MIG) lebih awal.

David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, MIG berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati niat pelakon itu yang mahu mendalami Islam tetapi dia mengkhianati janjinya dengan membintangi produksi lain termasuklah syarikat dari Hollywood.

"Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif.

"Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

"Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah David, dia mendapat tahu mengenai kerja lakonan Aeril di Hollywood pada akhir tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, sebelum ini mengesahkan dia tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi.

Aeril juga mengesahkan sudah mendapat tawaran berlakon bersama produksi di Hollywood dengan bintang Christina Ricci dan Sharon Stone.

Selain merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’, Aeril dilaporkan berkecil hati dan tidak menyenangi ‘budaya’ kerja yang diamalkan MIG.

Dalam pada itu walaupun Aeril mengkritik MIG menerusi beberapa laporan media, David tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan dengan kenyataan-kenyataan itu termasuklah perbuatannya menipu mengenai sebab-sebab ingin menamatkan kontrak.

Beritahu David, dia percaya, setiap perkara yang berlaku terdapat hikmahnya dan individu yang menipu pasti akan mendapat balasan tanpa perlu mengambil sebarang tindakan.

"Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian.

"Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah 'kacang lupakan kulit'.

"Dalam pada itu, ramai juga artis yang mengikut konsep kami bekerja telah pun berjaya dalam karier lakonan masing-masing," ujarnya.

Antara artis-artis popular di bawah naungan MIG ialah Yana Samsudin, Wawa Zainal, Farid Kamil, Angah (Raja Lawak), Along Cham, Nora Danish dan Shaheizy Sam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan