Kim Kardashian Kahwin Selepas Bersalin - Berita Hiburan | mStar

Kim Kardashian Kahwin Selepas Bersalin

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kim dan Kanye akan berkahwin selepas dia melahirkan anak sulungnya.
Kim dan Kanye akan berkahwin selepas dia melahirkan anak sulungnya.

SELEPAS pelbagai spekulasi tentang tarikh sebenar akan berkahwin pasangan Kim Kardashian dan Kanye West akhirnya mendedahkan mereka bakal bersatu selepas bintang realiti itu bersalin kelak.

Radar Online melaporkan, sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka akan disatukan dalam sebuah majlis mewah di Los Angeles.

Bagaimanapun sumber itu tidak mendedahkan lokasi sebenar mereka akan berkahwin.

Kanye juga dilaporkan tidak mahu perkahwinan itu nanti mendapat liputan daripada media atau menjual gambar perkahwinan mereka untuk mendapat keuntungan.

Keputusan untuk berkahwin itu dibuat selepas Kim telah sah bercerai dengan bekas suaminya, Kris Humpries selepas kes tersebut tergantung hampir setahun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan