Dafi Teruja Dapat Mengundi Buat Kali Pertama

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dafi mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) pada Ahad.
Dafi mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) pada Ahad.

BERA: Penyanyi Gadaffi Ismail Sabri, atau lebih dikenali sebagai Dafi turut mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum.

Dafi, 25, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong, Bera, 11 pagi tadi.

"Saya berasa lega apabila tanggungjawab sebagai seorang rakyat dapat ditunaikan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Ahad.

Dafi berkata beliau sememangnya amat menunggu hari pengundian kali ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, sementalah beliau mengundi di kawasan parlimen yang ditandingi ayahnya.

"Sejak tarikh penamaan calon 20 April lepas, setiap hari saya menghitung hari untuk mengundi dan akhirnya hari ini 5 Mei impian itu tercapai," katanya.

Sementara itu ayahnya, Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi parlimen berkenaan tiba jam 9.50 pagi tadi di sekolah berkenaan untuk mengundi.

Ismail Sabri ditentang calon PKR Zakaria Abdul Hamid dan calon Bebas, Mohd Wali Alang Ahmad. Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 4,313 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan