Muzik FM Kini Boleh Diikuti Dalam Talian

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saluran radio Muzik FM yang sebelum ini dapat diikuti menerusi frekuensi FM kini boleh didengar melalui platform atas talian (online).

Muzik FM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Jumaat berkata, saluran itu telah bergabung dengan Muzik Aktif yang dikenali Galaksi Muzik RTM bermula 21 April lalu.

"Untuk berada seiring dengan perkembangan teknologi moden bidang penyiaran, Galaksi Muzik RTM tampil untuk memberi pilihan kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan remaja di dalam mahupun di luar negara menikmati muzik tempatan dan antarabangsa 24 jam sehari.

"Malah aplikasi Galaksi Muzik RTM boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit ‘android’ di ‘Play Store’ atau ‘Google Play’ tanpa perlu melayari laman web seperti yang dinyatakan.

"Aplikasi desktop Galaksi Muzik RTM boleh dimuat turun menerusi www.galaksimuzik.com/desktop," kata kenyataan tersebut.

Galaksi Muzik RTM menampilkan sebanyak empat segmen secara langsung dimulakan dengan Kafe Muzik (10 pagi hingga 1 tengah hari) yang memainkan lagu-lagu hit dari pelbagai genre dan bahasa.

Juga diselitkan slot “Fakta Ringkas Kafe Muzik”, “Skuad Penyiasatan Kafe Muzik”, “Itu Ini Begitu Begini” dan Double Shot Back To Back yang memainkan lagu-lagu dengan tajuk lagu yang sama atau dua lagu daripada penyanyi yang sama. Ia disiarkan di setiap penghujung jam siaran.

Diikuti pula segmen “Rock Selamba” yang bersiaran pada pukul 4 hingga 6 petang khas buat penggemar muzik rock tempatan dan antarabangsa.

Pada sebelah malamnya pula, segmen “Seleksi Anda” bersiaran selama dua jam dari pukul 9 hingga 11 malam yang akan memutarkan lagu-lagu pilihan pendengar.

Pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi, segmen “Gegar Rock Pawana” memutarkan kombinasi lagu-lagu rock keras tempatan dan antarabangsa.

Sempena Pilihan Raya Umum ke-13 pada Ahad ini, siaran Muzik FM dari pukul 5 petang hingga 2 pagi akan membawakan informasi keputusan PRU-13.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan