Mariani Teruja Bakal Mengundi Buat Kali Ke-5

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariani bakal mengundi buat kali kelima dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).
Mariani bakal mengundi buat kali kelima dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).

PETALING JAYA: Pelakon veteran, seniwati Mariani melahirkan rasa terujanya kerana bakal keluar mengundi buat kali kelima pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada 5 Mei ini.

Mariani atau nama sebenarnya Mariani Ismail, 80, berkata, sebagai individu yang melihat sendiri pembangunan negara sejak zaman sebelum merdeka, ia membuatkannya sentiasa bersyukur dan bersemangat untuk keluar mengundi bagi menunaikan haknya.

"Pada usia ini sudah tentu banyak yang saya lihat tentang perubahan dan pembangunan negara dan Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk mengundi bagi menentukan masa depan negara," jelasnya kepada.mStar Online

Mariani akan mengundi di Parlimen Lembah Pantai dekat sini yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandangnya Nurul Izzah Anwar (PKR), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Barisan Nasional) dan Rusli Baba (Bebas).

Dalam pada itu, mengimbas mengenai pengalamannya mengundi sebelum ini, Mariani berkata, kemeriahan dan keharmonian ketika hari membuang undi sentiasa menjadi memori indahnya.

Malah katanya, kemeriahan setiap parti politik mengibarkan bendera masing-masing dan menyokong wakil rakyat mereka secara aman turut menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia ketika itu.

"Zaman sekarang ini dah lain sikit tapi harap-harap tahun ini pilihan raya dapat dijalankan dengan aman tanpa sebarang perkara tidak ingin berlaku," katanya.

Tambah Mariani walaupun tidak berapa berminat dengan politik namun beliau akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa menerusi bahan bacaan seperti akhbar.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan