Mariah Carey & Nick Cannon Perbaharui Ikrar Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah dan Nick memperbaharui ikrar perkahwinan mereka buat kali kelima dan menyambut hari jadi anak kembar mereka, Monroe dan Morrocan.
Mariah dan Nick memperbaharui ikrar perkahwinan mereka buat kali kelima dan menyambut hari jadi anak kembar mereka, Monroe dan Morrocan.

PENYANYI Mariah Carey dan suaminya Nick Cannon telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka buat kali kelima di Disneyland di California pada Selasa lalu.

Entertainment Tonight melaporkan pasangan itu berbuat demikian sebagai menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 30 April lalu dalam suasana yang bertemakan ‘kisah dongeng’.

Pasangan itu turut menyambut ulang tahun kelahiran anak kembar mereka, Monroe dan Moroccan yang lahir pada tarikh sama.

Sebelum ini pasangan itu pernah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka di Eifel Tower, Paris, Disneyland dan ketika Mariah melahirkan anak kembarnya di hospital.

Pasangan itu juga turut memuat naik beberapa keping gambar sambutan tersebut untuk tatapan peminat mereka.

Pasangan itu berkahwin secara senyap pada 2008.

Dalam perkembangan lain, Mariah yang juga juri program American Idol akan melancarkan single terbaharunya berjudul Beautiful duet bersama penyanyi baru, Miguel pada Isnin ini.

Bagaimanapun, Mariah dilaporkan tidak berhasrat untuk membuat persembahan pada program itu bagi mempromosikan singlenya itu sebaliknya akan muncul dalam program Good Morning America selepas American Idol tamat pada 17 Mei ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan