Anas (Mentor 6) Mahu Jadi Pengarah Filem

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anas mahu arah filem sendiri. Foto CHAN TAK KONG
Anas mahu arah filem sendiri. Foto CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anas (Mentor 6) meluahkan keinginannya untuk mengembangkan cabang seni sebagai seorang pengarah filem dan teater selain menceburi karier nyanyian.

Anas atau nama sebenarnya Anas Ridzuan, 24, berkata, kerana itu dia mengambil keputusan menyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda, Pengarahan Teater sebagai langkah permulaannya sebelum mengarah.

"Sebelum menceburi bidang nyanyian lagi menerusi pertandingan Mentor 6 tahun lalu, saya merupakan seorang penggiat teater.

"Jadi saya tidak mahu mensia-siakan pengalaman yang ada. Buat masa ini saya mahu cari ilmu dahulu sebelum mengarah," katanya.

Tambah Anas, dia juga mengimpikan untuk menghasilkan sebuah filem atau teater berunsurkan budaya negara Malaysia seperti Mak Yong yang di modenkan, sesuai dengan penonton generasi baru yang menyaksikannya.

"Jika dilihat zaman kini, budaya-budaya tradisional Melayu tidak lagi diendahkan, jadi saya kalau boleh mahu mengarahkan karya berkaitan budaya negara kita dengan olahan yang lebih ‘urban’.

"Bagaimanapun semua ini masih lagi dalam perancangan. Apa-apa hal, saya mahu belajar dahulu, selain mengutip pengalaman menerusi kerja-kerja lakonan saya," ujarnya.

Sementara itu, Anas turut mengakui perjalanan karier nyanyiannya agak perlahan sejak keluar daripada pertandingan program realiti Mentor 6 tahun lalu.

Namun ia tidak melunturkan semangat penyanyi lagu Hanya Dirimu ini untuk meneruskan karier yang dianggap penuh dengan cabaran dalam mengukir namanya sebagai penyanyi yang berjaya.

"Saya anggap diri ini masih baru dan jauh lagi perjalanan dalam mengukuhkan kedudukan sebagai penyanyi yang baik.

"Apa-apa pun saya tidak pernah menyerah kalah walaupun perkembangan nyanyian saya agak perlahan. Tetapi tetap bersyukur kerana sehingga kini masih lagi menerima tawaran undangan membuat persembahan," tuturnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan