PRU-13: Syarikat Produksi Diminta Tangguh Penggambaran Agar Artis Boleh Mengundi

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurey Latiff Rosli
Jurey Latiff Rosli

PETALING JAYA: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) meminta semua syarikat produksi di negara ini menangguhkan penggambaran drama ataupun filem pada 5 Mei ini bagi memberi laluan terhadap Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Presidennya Jurey Latiff Rosli berkata, ia juga bagi membolehkan semua artis dan kru terlibat untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari berkenaan.

"Saya meminta semua ahli di bawah PTVM memberi sokongan kepada PRU-13 dengan menangguhkan aktiviti penggambaran.

"PTVM juga menyeru syarikat-syarikat yang bukan ahli agar turut bekerjasama untuk menangguhkan sebarang aktiviti bagi memberi laluan kepada para artis dan kru penerbitan untuk keluar mengundi," katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Jurey yang juga Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, krew dan para artis harus diberi ruang mengundi bagi membolehkan mereka memilih kerajaan yang mampu mentadbir negara lebih-lebih lagi di kala Malaysia sedang mengalami pergolakan politik.

Katanya PRU-13 bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh mahupun bagi golongan industri keatif kerana mereka perlu tahu siapa dan cara untuk memilih kerajaan yang akan menentukan jatuh bangunnya generasi akan datang.

"Saya menyeru rakan-rakan penerbit untuk menyokong PRU-13 dan mengenepikan soal produksi pada 5 Mei ini walaupun terpaksa menanggung kerugian pada hari tersebut,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan