Nyanyian Toi (AF6) Tidak Lagi Bercelaru

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Toi
Toi

KUALA LUMPUR: Penyanyi Toi yang sebelum ini sentiasa bermasalah dengan nyanyiannya sehingga digelar 'tone deaf' iaitu intonasi bercelaru ketika berada dalam program realiti Akademi Fantasia 6 (AF6) bersyukur apabila dia tidak lagi mempunyai masalah tersebut.

Toi atau nama sebenarnya Khairul Nizam Baharom berkata, masalah itu pulih disebabkan keinginannya untuk memperbaiki kelemahan diri dalam nyanyian selain bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang baik.

"Dulu ketika di AF6 memang saya sering dikritik mempunyai masalah ‘tone deaf’ sehingga tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir.

"Namun itu semua tidak menghalang saya untuk perbaiki kelemahan diri. Mungkin juga pada ketika itu saya tertekan dengan tugasan yang diberi sehingga membuatkan saya tidak boleh menyanyi dengan baik," katanya.

Tambah Toi, dia kini bersyukur apabila pengalaman menyanyi menerusi undangan persembahan membuatkan nyanyiannya menjadi lebih baik. Malah Toi bakal muncul sebuah lagu baharu tidak lama lagi khas buat peminat-peminatnya.

Toi yang juga gitaris kumpulan Hiper Act turut muncul dengan single lagu ketiganya berjudul Hanya Aku.

"Apa-apa pun lagu Hanya Aku akan keluar dahulu sebelum single solo saya.

"Hanya Aku akan menjadi lagu runut bunyi bagi drama Teduhan Kasih yang akan bersiaran di TV3 bermula 8 Mei ini. Semoga peminat senang dengan lagu baharu kami," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Toi juga masih lagi aktif memenuhi undangan yang memerlukan dirinya bermain dengan alatan muzik Angklung.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan