Nas Adila Tetap Usaha Biarpun Hampir Gagal Jadi Artis

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nas memberitahu walaupun tidak popular namun dia bersyukur undangan nyanyian sentiasa ada.
Nas memberitahu walaupun tidak popular namun dia bersyukur undangan nyanyian sentiasa ada.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nas Adila tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama sebagai penyanyi terkenal biarpun popularitinya tidak sehebat artis wanita lain.

Nas, 27, berkata, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapat perhatian peminat, dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran buatnya sebelum mengecap kejayaan.

"Saya pernah kena tipu dan bermacam-macam lagi sepanjang jadi artis sebagai usaha untuk bakat sebagai penyanyi diberi perhatian oleh peminat namun gagal.

"Tetapi itu bukan bererti saya perlu mengalah kerana ia sebenarnya membuatkan diri saya lebih kuat," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nas berkata, walaupun tidak popular namun dia bersyukur undangan nyanyian sentiasa ada malah adakalanya terpaksa menolak kerana jadual yang padat.

"Mungkin wajah saya tidak selalu muncul di televisyen jadi orang tidak perasan. Tetapi Alhamdulillah undangan nyanyian masih ada," katanya yang baru sahaja selesai membuat persembahan bersama Jamal Abdillah di beberapa buah negeri.

Sementara itu, Nas berkata tumpuannya juga terletak kepada studio tariannya yang diusahakan sejak akhir tahun lalu dan bersyukur ia mendapat sambutan baik.

Dalam perkembangan lain, Nas kini sedang sibuk dengan pementasan teater Hantu Ke Tapah yang akan dipentaskan di Pulau Langkawi, Kedah pada Jun depan.

Selain Nas, teater tersebut turut dilakonkan oleh Ezad Lazim, Aliff (AF), Ani Mayuni dan Fairus Selamat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan