Pelakon Wajah 'Jambu' Tidak Gugat Iqram Dinzly

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqram Dinzly
Iqram Dinzly

PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly berkata kemunculan artis remaja berwajah “jambu” yang semakin menguasai dunia seni pada ketika ini tidak sedikit pun menggugat kedudukan pelakon-pelakon senior lain.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, wajah “jambu” hanyalah satu kelebihan terhadap diri seseorang tetapi keupayaan pelakon dinilai kepada bakat dan kemampuan membawa watak.

“Saya tidak anggap mereka yang berwajah jambu itu akan menggugat pelakon-pelakon lain. Kalau wajah saja jambu tetapi tidak boleh berlakon, tak guna juga. Ia (wajah jambu) mungkin satu kelebihan tetapi bukan keperluan,” katanya kepada mStar Online.

Jelas Iqram, walaupun menyedari kelompok berkenaan banyak memenuhi drama-drama televisyen tempatan tetapi ia adalah secara kebetulan kerana watak yang diwujudkan itu mungkin bersesuaian dengan penampilan mereka.

Bagi Iqram sendiri katanya, apabila seseorang itu sudah berada pada tahap “pelakon senior” mungkin watak-watak remaja sudah tidak lagi bersesuaian untuk dipikul seperti pelajar kolej ataupun remaja sekolah.

“Pelakon-pelakon senior mungkin memerlukan satu karakter yang berbeza berbanding mereka yang masih remaja.

"Secara kebetulan mungkin ketika ini banyak drama televisyen yang menyiarkan kisah remaja, sebab itulah kita sering melihat artis-artis baru muncul berbanding senior mereka,” katanya.

Tambah Iqram, salah satu petua untuk kekal dalam dunia seni ini setiap pelakon tidak kiralah sama ada baru atau lama hendaklah bijak menjaga reputasi masing-masing dan mengelak menimbulkan masalah dengan pihak produksi.

Malah artis-artis sepertinya seharusnya tidak memilih untuk bergaul sesama sendiri agar sikap berkenaan disenangi oleh semua pihak.

“Sesetengah artis, mereka tak mahu bercampur dengan budak-budak baru. Mungkin mereka anggap mereka senior. Tapi saya tidak macam itu.

"Saya berkawan dengan semua orang tak kiralah artis baru ataupun lama. Dengan cara itu orang akan lebih senang dengan cara saya,” ujarnya yang sudah lapan tahun bergiat dalam bidang lakonan.

Iqram juga berpendapat, setiap tawaran yang diberikan sesebuah syarikat produksi itu merupakan rezeki yang ditentukan Tuhan atas usaha gigih masing-masing sementara kemunculan artis-artis baru pula adalah satu persaingan sihat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan