Anak Aishwarya Rai Tak Malu Bergambar

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishwarya dan anaknya, Aaradhya ketika tiba di Mumbai.
Aishwarya dan anaknya, Aaradhya ketika tiba di Mumbai.

NAMPAKNYA, Aaradhya Bachchan mewarisi kecantikan ibunya, Aishwarya Rai. Ketika wajah kanak-kanak berusia dua tahun itu dirakamkan, wajahnya tampak comel dan fotogenik.

Malah, ketika Aishwarya tiba di bandar Mumbai, India, Aaradhya tanpa segan silu memandang kamera salah satu juru foto yang berada di situ sambil memberikan gaya wajah yang penuh yakin.

Cucu kepada aktor Amitabh Bachchan itu lahir pada 16 November 2011 dan proses kelahiran itu cuba dirahsiakan keluarga berkenaan namun tidak berjaya.

Walaupun jarang terdedah di media, Aaradhya yang memiliki wajah iras bapanya, Abhishek amat selesa dengan kamera-kamera yang berada di hadapannya. Malah dia langsung tidak berasa canggung menghadapi para wartawan. - Emirates247

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan