Unsur K-Pop Dalam 'Cornetto Uda & Dara' Dijangka Pikat Penonton

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bintang 'Cornetto Uda & Dara'.
Bintang 'Cornetto Uda & Dara'.

KUALA LUMPUR: Unsur-unsur budaya Korea iaitu K-Pop telah diberi suntikan menerusi drama terbaharu terbitan Wall's Cornetto (Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd) yang terbaru iaitu Cornetto Uda & Dara.

Pengarah drama berkenaan, Prem Pillai berkata, konsep K-Pop diselitkan dalam drama cinta itu bagi menampakkan sedikit kelainan berbanding karya-karya bersiri lain.

"Menerusi drama ini diakui saya cuba mengikut kehendak anak-anak muda zaman ini yang sukakan budaya muzik K-Pop.

"Jadi saya selitkan pelbagai muzik Korea dengan berlatar belakangkan tempat pengajian yang serba moden sesuai dengan konsep remaja yang dipaparkan," katanya.

Prem ditemui pada pelancaran dramaCornetto Uda & Dara di Restoran The Bee, Publika, di sini pada Selasa.

Cornetto Uda & Dara dibarisi pelakon iaitu Dafi dan ChaCha Maembong, Alif Hadi, Jed, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam, dan Normah Damanhuri.

Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing.

Menarik tentang drama ini, ia turut berkisar tentang ikatan persahabatan dan percintaan yang kukuh malah ia juga menampilkan tarian anak muda masa kini.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya selitkan unsur K-Pop dalam siri ini dan elemen tarian turut diterapkan.

"Tarian yang ditampilkan juga amat menarik untuk disaksikan, di mana ia jarang-jarang dilihat.

"Para pelakon yang terbabit dengan tarian akan diberi tunjuk ajar oleh pemenang So You Think You Can Dance musim pertama, Alam. Malah bagi pelakon-pelakon baru, mereka mempunyai mentor iaitu pelakon Yasmin Hani dan Tony Eusoff yang akan mengajar cara-cara lakonan yang betul," ujarnya.

Kisah cinta Cornetto Uda & Dara bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu, pukul 9 malam.

Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan