Amy (Search) Hanya Tahu Kisah Cinta Nabila Di Akhbar

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy
Amy

SUBANG JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy memberitahu hanya mengetahui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan pelakon Nas-T menerusi laporan akhbar.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun berkata, beliau tidak kisah dengan pilihan anaknya itu dan berharap mereka berdua dapat mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

"Dia belum memberitahu saya apa-apa mengenainya cuma saya ada terbaca di akhbar. Nabila sudah besar dan mampu buat keputusan sendiri jadi pada saya tiada masalah dengan siapa dia ingin bercinta," jelasnya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa di sini, Selasa.

Pada majlis berkenaan, kumpulan Search menerima hadiah tajaan Habib Jewels dan Jamu Mak Dara selepas menerima Anugerah Sepanjang Hayat pada malam ABPBH 2012 yang diadakan pada 7 April lalu.

Dalam pada itu, Amy berkata, beliau sebelum ini tidak mengenali Nas-T sebagai seorang selebriti dan hanya mengetahuinya selepas berita percintaan anaknya itu disiarkan di akhbar.

Malah kata Amy, Nabila belum menyampaikan hasrat untuk membawa Nas-T menemuinya.

"Masih awal. Biarlah mereka kenal hati budi masing-masing terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Amy berkata, dia sangat gembira apabila Nabila dipilih sebagai Pelakon Drama Wanita Popular pada ABPBH 2012 lalu.

Katanya, ia menjadi lebih manis apabila kumpulan Search turut diberikan penghargaan pada malam itu.

"Saya berada di Turki pada malam itu dan apabila diberitahu mengenai kemenangan anak Nabila, saya cukup gembira.

"Saya harap dia dapat buktikan lagi kebolehannya sebagai pelakon dan sentiasa buat yang terbaik dalam kerjayanya," kata Amy.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan