Zac Efron Idam Tyra Banks Jadi Kekasih

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Efron sangat menggilai Tyra sejak zaman sekolahnya.
Efron sangat menggilai Tyra sejak zaman sekolahnya.

PELAKON Zac Efron memberitahu dia sering berfantasi bahawa super model Tyra Banks sebagai kekasihnya semasa dia berada pada zaman remaja.

Efron, 25, memberitahu dia teringin untuk mengajak Tyra, 39, keluar makan malam bersama selain amat mengagumi wanita itu.

"Saya pernah mempunyai posternya di dalam bilik saya dan Tyra adalah satu-satunya wanita yang saya suka ketika itu.

"Saya harap dapat bertemu dengannya suatu hari nanti," katanya.

Efron sebelum ini pernah hangat bercinta dengan bintang High School Musical, Vanessa Hudgens sebelum berpisah pada akhir 2010.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan