Dendam Lisdawati Terhadap Lelaki Dalam 'Khilaf'

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisdawati
Lisdawati

PETALING JAYA: Lakonan pelakon Lisdawati yang menyimpan dendam terhadap golongan lelaki gara-gara dirogol bakal disaksikan menerusi telefilem Khilaf pada 26 April ini.

Dalam telefilem itu, Lisdawati melakonkan watak Salmiah, seorang gadis yang menanggung beban derita batin dan dendam terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah dan harga diri.

Penderitaan Salmiah dan ibunya mendapat simpati Pak Mat, namun lelaki itu berniat tidak baik terhadap Salmiah dan telah memperkosanya.

Tertekan dengan apa yang berlaku, Salmiah nekad melarikan diri ke bandar. Bagaimanapun dia menjadi mangsa Fuad, seorang bapak ayam yang memaksa Salmiah menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Dendam terhadap lelaki mula menguasai dirinya dan pada masa sama, dalam diam, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang hadir membawa cahaya dalam kehidupannya.

Selepas tiga tahun menjadi GRO, Salmiah dipaksa Fuad supaya memikat seorang tokoh korporat duda, Shahdan.

Fuad merancang berpura-pura hendak memperkosakan Salmiah dan wanita itu diselamatkan Shahdan. Perkenalan Shahdan dengan Salmiah membenihkan cinta di hati Shahdan. Atas persetujuan anak tunggal Shahdan, Azreen, akhirnya mereka berdua berkahwin.

Hubungan cinta Shahdan dengan Salmiah menimbulkan rasa kurang senang di hati Fuad kerana dia mempergunakan Salmiah untuk mengikis harta Shahdan. Bosan dengan sikap Fuad, akhirnya Salmiah 'mengenakan' Fuad dengan meletakkan dadah dalam kereta Fuad.

Selain Lisdawati, turut berlakon dalam telefilem ini ialah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Khilaf akan menemui penonton pada 26 April ini pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan