Gagal Dalam Pelajaran, Emma Maembong Enggan Remaja Jadikan Contoh

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Emma Maembong. Foto FAIHAN GHANI
Emma Maembong. Foto FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong yang tercicir dalam pelajaran berharap golongan remaja tidak menjadikannya contoh untuk mengambil ringan soal pelajaran kerana perkara itu penting untuk kejayaan seseorang.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, tujuan dia mendedahkan sekadar menuntut sehingga di tingkatan dua itu hanyalah untuk menaikkan semangat golongan berkenaan.

"Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan.

"Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha.

"Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya kepada mStar Online.

Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah.

Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Bagaimanapun kata Emma, bagi melihat kemampuan diri di bidang lain, dia menceburi industri lakonan menerusi pembabitan drama sulungnya, Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima pada awal tahun lalu.

"Sejujurnya saya tidak malu menceritakan apa yang telah dilalui pada masa dulu.

"Dan saya faham, sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar apa yang saya alami ini dapat menjadikan ia sebagai contoh untuk orang lain,” kata Emma yang dibesarkan oleh bapanya selepas perceraian keluarga.

Tambah Emma lagi, dia mahu mereka yang mempunyai nasib serupa agar tidak berputus asa sebaliknya terus berjuang serta berani mengambil segala peluang untuk menjadi seorang manusia berguna.

“Selepas saya membuat pendedahan itu ramai pihak yang memberikan saya respons positif dan bersimpati dengan nasib saya tetapi tidak kurang juga yang mengkritik. Tetapi semuanya saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kampung Girl selain dilantik menjadi duta kepada produk Silky Girl.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan