Matt Damon Jual Rumah Di Miami RM60 Juta - Berita Hiburan | mStar

Matt Damon Jual Rumah Di Miami RM60 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Matt Damon
Matt Damon

PENERBIT dan pelakon Matt Damon dikhabarkan akan menjual rumahnya di tepi pantai Miami dengan harga sebanyak RM60 juta (AS$20 juta).

Menurut laporan Contactmusic, aktor berusia 46 tahun itu dan isterinya, Luciana akan mendapat keuntungan besar memandangkan mereka membeli kediaman itu dengan harga hanya RM29 juta (AS$9.7 juta) pada tahun 2005.

Kediaman bintang filem Good Will Hunting itu mempunyai sebuah kolam renang, bilik khas permainan 'pool', bar, panggung wayang kecil, tujuh bilik tidur dan 10 bilik air.

Baru-baru ini, pasangan itu telah melakukan acara pernikahan semula di Sugar Beach Resort, St. Lucia sebagai tanda ikatan perkahwinan mereka yang masih kukuh sejak tahun 2005.

Majlis tersebut turut dihadiri selebriti popular seperti Ben Affleck, Jennifer Garner, Michael Douglas, Brad Pitt dan Angelina Jolie.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan