Leonardo DiCaprio Jadi Serabut Kerana Terlalu Sibuk - Berita Hiburan | mStar

Leonardo DiCaprio Jadi Serabut Kerana Terlalu Sibuk

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hubungan cinta Leonardo tidak pernah bertahan kerana kesibukannya sebagai aktor popular Hollywood.
Hubungan cinta Leonardo tidak pernah bertahan kerana kesibukannya sebagai aktor popular Hollywood.

PELAKON Leonardo DiCaprio menyalahkan kariernya yang sibuk sehinggakan tiada masa untuk menguruskan hal-hal peribadi yang akhirnya membuatkan dia menjadi serabut.

Bintang filem Titanic itu sebelum ini pernah bercinta dengan ‘supermodel’, Gisele Bundchen dan Bar Refaeli namun hubungan itu terputus akibat kesibukannya sebagai pelakon.

"Enam bulan berada di lokasi penggambaran seperti di Maghribi bukan tempat sesuai untuk mengekalkan sesuatu perhubungan," kata aktor berusia 38 tahun itu kepada majalah Esquire.

Bagaimanapun, Leonardo tidak pernah merungut tentang kesibukannya malah berasa bertuah dapat menjadi sebahagian dalam dunia glamor Hollywood.

"Saya sentiasa rasa bertuah dapat berada di mana saya berada sekarang kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Saya berusaha keras untuk mencipta nama dan tidak akan tinggalkannya begitu sahaja," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan