Klip Video Psy Terbaharu Catat 100 Juta Penonton YouTube

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Video muzik terbaharu bintang “Gangnam Style” iaitu Psy memecah rekod di laman perkongsian video YouTube apabila melepasi jumlah 100 juta tontonan seluruh dunia.

Video yang diberi judul Gentleman itu ditunggu-tunggu selepas ia diperkenalkan pada Sabtu lalu yang mencatat hit 105.4 juta.

Rekod sebelum ini dicatatkan oleh bintang “Britain Got Talent” – Susan Boyle yang menyanyikan I Dream A Dream dalam sebuah rancangan televisyen apabila berjaya menerima 100 juta hit dalam masa seminggu pada tahun 2009.

Karya terbaharu Psy ini mendapat 20 juta hit dalam masa 24 jam pertama, memecah rekod sebelum ini yang diperoleh bintang Kanada, Justin Bieber menerusi video lagu Boyfriend yang diterbitkan pada bulan Mei 2012.

Video Psy ini menyaksikan beliau memakai cermin mata hitam dengan menari di pelbagai lokasi di Seoul, restoran, kolam renang, perpustakaan dan juga memakai pakaian-pakaian mahal.

Jalahn cerita klip video itu menampilkan seorang penyanyi berjenaka dengan wanita seperti menarik kerusi sehingga mereka jatuh dan membuka ikatan bikini wanita di kolam renang sebelum mengadakan perlawanan.

Gentlemen pada Rabu lalu menduduki tangga ke 20 lagu terbaik di kedai-kedai iTunes di beberapa negara termasuklah Perancis, Australia, Kanada dan Britain serta memasuki carta tertinggi di Finland, Sweden, Denmark dan Greece. – AFP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan