Nicki Minaj Anggap Peserta 'American Idol' Keluarganya

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicki mengakui sayangkan kesemua peserta American Idol walaupun sering memberikan komen negatif kepada mereka.
Nicki mengakui sayangkan kesemua peserta American Idol walaupun sering memberikan komen negatif kepada mereka.

PENYANYI rap Nicki Minaj menganggap kesemua peserta American Idol musim ke-12 sebahagian daripada ahli keluarganya walaupun dia sering memberikan komen berbaur negatif terhadap mereka.

Nicki berkata, walaupun dia sering diselar oleh pihak lain kerana berbuat demikian tetapi dia sebenarnya sentiasa mengambil berat tetapi komennya mungkin disalah ertikan.

"Saya sedar kadang kala komen saya tidak menjurus ke arah kebaikan tetapi itu tidak bererti saya tidak sayangkan mereka," katanya kepada contactmusic.com.

Selain Nicki, kerusi juri turut dibarisi oleh Mariah Carey, Randy Jackson dan Keith Urban.

Malah kata Nicki, dia berasa tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan pihak penerbit jika tidak mengatakan kebenaran kepada peserta.

Bagaimanapun Nicki turut mengalirkan air mata apabila peserta Burnell Taylor disingkirkan pada minggu ketujuh pertandingan itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan