Bandi Amuk & Ayai Ilusi Jadi Duta Kempen BN Parlimen JB

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tengah) menyerahkan kemeja T Bandi Amuk (dua, kiri) dan Ayai Ilusi (kanan) yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi Duta Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) BN Parlimen Johor Baharu ketika sidang media di sini hari ini. - fotoBERNAMA
Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tengah) menyerahkan kemeja T Bandi Amuk (dua, kiri) dan Ayai Ilusi (kanan) yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi Duta Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) BN Parlimen Johor Baharu ketika sidang media di sini hari ini. - fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Dua artis terkenal, Bandi Amuk dan Ayai Ilusi, menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumaat dan Ayai Ilusi atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, akan terlibat dalam aktiviti penerangan khususnya terhadap golongan muda di Parlimen Johor Baharu.

"Penyertaan Bandi Amuk dan Ayai Ilusi merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk mendekati anak muda dan menarik sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media di pejabat Umno Bahagian Johor Baharu pada Ahad.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu berkata, pendekatan BN menggunakan selebriti dalam kempen adalah berlainan dengan pembangkang yang mengetengahkan artis sebagai calon parti mereka.

Shahrir merujuk kepada keputusan Pas mencalonkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol pada pilihan raya umum ini, serta khabar angin bekas penyanyi, Dayangku Intan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pontian.

Menurutnya, bekas artis yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai calon di dalam PRU 13, tidak mempunyai sebarang pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Bandi Amuk berkata keputusan untuk menawarkan khidmatnya adalah disebabkan kesedaran untuk membalas segala jasa BN dengan memastikan parti pemerintah itu menang besar pada PRU 13.

"Saya mempunyai keluarga dan anak-anak saya telah mendapat segala bantuan dan pertolongan daripada BN. Ini adalah masa untuk saya membalas segala jasa kerajaan BN. Janganlah kita menggadaikan masa depan kita," katanya.

Penyanyi Ayai Ilusi pula berkata, tindakannya untuk terlibat dalam kempen pilihan raya BN itu merupakan reaksi semula jadi memandangkan beliau merupakan penyokong kuat parti itu sejak dahulu lagi.

"Saya telah terlibat dengan kempen BN 'sejak azali' lagi, daripada bekerja memasang poster-poster BN kepada menyertai kempen-kempen bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya.

Pegawai Pilihan Raya BN Parlimen Johor Baharu Abu Talib Alias pula berkata, Bandi dan Ayai akan terlibat dalam lapan program penerangan di seluruh kawasan Parlimen Johor Baharu sepanjang kempen PRU 13 ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan