Tom Cruise Izinkan Suri, Anak Angkat Jadi Pelakon

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom Cruise bersama anaknya Suri.
Tom Cruise bersama anaknya Suri.

AKTOR Tom Cruise memberi keizinan kepada anak perempuannya, Suri sekiranya ingin berlakon di layar perak.

Menurut laporan E! Online, Tom tidak kisah jika anaknya itu mahu mengikut jejak langkahnya dan bekas isteri, Katy Holmes untuk menjadi seorang pelakon.

Ia tidak terhalang terhadap dua orang anak angkatnya iaitu Isabella dan Connor yang kini sudah menjadi remaja.

"Semua anak-anak saya dibenarkan berlakon. Saya cuba mencari dan memahami apa yang mereka (anak) suka dan berusaha untuk memberikan apa yang diinginkan.

"Tidak perlu ada tekanan dan saya beruntung kerana melakukan pekerjaan yang saya suka.

"Dan saya akan lakukan hal sama untuk anak-anak, membiarkan mereka melakukan kerja-kerja yang mereka minati," katanya.

Bintang berusia 50 tahun itu juga berkongsi perasaan mengenai hal penceraiannya dengan Katy yang dianggap pelik itu.

"Tiba-tiba sahaja kami berpisah, rasa agak pelik," tuturnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan