Rusdi Ramli Tidak Profesional Gagal Hadir Previu Filem

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rusdi Ramli
Rusdi Ramli

PETALING JAYA: Pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon utamanya, Rusdi Ramli seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut.

Shirin menganggap kegagalan Rusdi untuk muncul majlis itu kerana bimbang dengan kontroversi yang tercetus kerana lakonannya berpelukan dengan aktres Nora Danish tanpa berbaju dalam satu adegan filem itu.

"Sejak kontroversi tercetus, saya cuba menghubungi Rusdi tetapi tidak berjawab. Dan apabila dia memberikan kenyataan kononnya tidak senang dengan aksinya pada babak tersebut, saya kecewa.

"Jadi saya anggap dia tidak hadir kerana hal itu. Andai kata benar, dia seorang yang tidak profesional.

"Lagipun semasa penggambaran, dia setuju dengan setiap adegan yang diarahkan," katanya pada majlis tayangan perdana filem tersebut di e@Curve di sini, Khamis.

Tambah Shirin, dia juga berharap agar masyarakat tidak mengkritik filem tersebut tanpa menontonnya kerana apa yang disaksikan tidak seperti yang digambarkan.

Malah Shirin berkata, filem ini lebih menitik beratkan mengenai kisah cinta selepas perkahwinan di mana tidak ramai pasangan zaman kini mempraktikkan konsep sebegitu.

"Tonton dahulu, barulah anda (masyarakat) faham dengan penyampaian maksud filem ini yang sebenar.

"Saya mahu tunjukkan bahawa perkahwinan atas pilihan keluarga mempunyai momen manisnya sendiri.

"Dan diakui banyak adegan-adegan romantis. Bagi saya Rusdi dan Nora mempunyai keserasian sebagai suami isteri dalam filem ini. mereka berjaya menyampaikan lakonan mereka seperti yang saya inginkan," ujarnya.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd ini akan ditayangkan bermula 25 April ini.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan