Jimmy Shanley Gagal Dapat Hak Penjagaan Anak

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jimmy Shanley hanya mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu terhadap anak tunggalnya, Zahrah.
Jimmy Shanley hanya mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu terhadap anak tunggalnya, Zahrah.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin memutuskan hak penjagaan anak perempuan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley iaitu Zahrah Rania Shanley kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Hakim Syarie Mawardi Che Man ketika membuat keputusan itu bagaimanapun memerintahkan Jimmy, 33, diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya yang berusia setahun sembilan bulan itu.

"Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir," katanya.

Tambah Mawardi, hak lawatan dan bermalam Zahrah boleh berubah mengikut situasi semasa pada masa hadapan dan meminta Jimmy dan Nursuhaila bekerjasama demi masa depan anak mereka.

Nursuhaila,25, selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.

Dalam pada itu, Mawardi berkata, pihaknya menolak bantahan yang dibuat oleh pihak defendan (Jimmy) kerana kegagalannya mengemukakan saksi bagi menyokong dakwaan bekas isterinya itu mempunyai masalah akhlak seperti merokok, berjudi, minum arak dan suka bersosial kepada mahkamah.

Jelasnya, walaupun pihak defendan ada bukti seperti rakaman video dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ia belum terbukti sepenuhnya untuk mengatakan plaintif hilang kelayakan menjaga anak mereka.

"Asas bukti itu ada tetapi ia tidak kuat untuk mengatakan plaintif tidak berkelayakan untuk menjaga anaknya dan defendan pula tidak memanggil saksi ke mahkamah untuk menyokong dakwaan yang dibuat.

"Malah plaintif sendiri tidak pernah membuat sebarang pengakuan di dalam mahkamah atas dakwaan tersebut," ujarnya.

Jimmy yang hadir dengan baju berwarna coklat dan bersongkok mendengar keputusan tersebut tanpa kehadiran peguamnya manakala Nursuhaila tidak hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara.

Dalam perkembangan sama, Jimmy ketika mengulas keputusan mahkamah memberitahu, dia berpuas hati dengan keputusan itu dan tidak mahu memanjangkan kes berkenaan yang telah berlarutan hampir dua tahun.

Jelas Jimmy, dia kini ingin melupakan apa yang telah terjadi di antaranya dan bekas isteri selain menumpukan perhatian kepada kebajikan anak tunggalnya itu.

"Saya akan pastikan kebajikan Zahrah terjamin dan akan meluangkan masa berkualiti bersamanya dan keputusan yang diputuskan mahkamah adalah adil buat saya dan bekas isteri," jelasnya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan