Pertandingan Akhir Lantai Cilik Di TV2 Sabtu ini

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Langkah Cilik
Kumpulan Langkah Cilik

PETALING JAYA: Lima kumpulan terpilih akan berentap pada peringkat akhir pertandingan Lantai Cilik pada Sabtu ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Ia akan diadakan pada pukul 9 malam.

Lima kumpulan yang bertuah dan bakal bersaing ialah Kaki Nari Dancers (Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur), Langkah Cilik (Sekolah Kebangsaan Sembulan, Sabah), Ravan Dancers (Sekolah Rendah, Jenis Kebangsaan (Tamil) Masai, Johor), Seri Warisan (Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan) dan Kiawaian Dance Club (Sekolah Kebangsaan Kiawaian, Tambunan, Sabah).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, Lantai Cilik dapat menggalakkan generasi muda mencintai seni dan budaya negara dari kecil.

“Kita mengharapkan pertandingan akhir ini nanti juga akan menarik penonton ramai sekali gus melakar kejayaan program paling ditonton ramai ketika ini menerusi saluran RTM2.

"Dalam pada itu menerusi program ini juga ia dapat memupuk generasi muda untuk mencintai seni kebudayaan negara kita,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Lantai Cilik disifatkan sebagai program televisyen pertama di Malaysia yang mengetengahkan pencarian juara tarian tradisional dan kontemporari di kalangan kanak-kanak Sekolah Rendah berusia 12 tahun ke bawah (berkumpulan).

Pencarian bakat program ini disiarkan sejak Oktober tahun lalu bermula sesi uji bakat membabitkan enam zon. Lebih 80 buah kumpulan disaring daripada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Untuk peringkat akhir ini, ia mengetengahkan konsep taman fantasi kanak-kanak dan istana kayangan.

Para peserta akan mempersembahkan tarian mereka dalam dua segmen secara spontan mengikut kreativiti berdasarkan pilihan lagu selama dua minit.

Manakala segmen kedua pula, mereka dikehendaki membuat persembahan khas menerusi Citra Tari atau tarian bertema yang memetik kisah dari hikayat atau cerita rakyat serta legenda tempatan.

Juara Lantai Cilik musim pertama bakal menerima wang tunai RM40,000, trofi, sijil, peralatan Apple Ipad Mini 64GB dengan Wifi setiap seorang, barangan elektrik tajaan Noudi, baucar Pakaian Hari-hari dan tiket ke Taman Tema Sunway Lagoon.

Naib Juara pula akan yang memenangi wang tunai RM20,000, trofi, sijil dan telefon bimbit Blackberry HPH Bold setiap seorang.

Manakala tempat ketiga akan memenangi wang tunai RM10,000, trofi, sijil dan peralatan Apple Ipod Touch setiap seorang.

Malam kemuncak Lantai Cilik ini akan dipancarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di TV2 dan juga TVi (Astro 180).

Ia akan dikendalikan oleh Seri Nabilla dan Azrul (Raja Lawak) sebagai pengacara.

Klik laman sosial facebook ’fanpage’ Lantai Cilik RTM untuk butiran lanjut.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan