Wan (Shades) Bakal Nikah Artis 90-an Hujung Tahun

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan, bekas anggota kumpulan Shades. Gambar ihsan; UTUSAN MALAYSIA
Wan, bekas anggota kumpulan Shades. Gambar ihsan; UTUSAN MALAYSIA

PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Shades iaitu Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan (Shades) mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini dengan seorang artis 90-an.

Wan, 40, berkata, dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang wanita yang cukup memahaminya dan berhasrat menjadikan wanita itu sebagai isterinya tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, saya mengenali seorang wanita yang sangat saya senangi. Insya-Allah saya akan menamatkan zaman solo pada hujung tahun ini, cuma tarikhnya belum ditentukan lagi.

"Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu siapa wanita itu, tunggulah bila dah nak dekat (perkahwinan) nanti," katanya.

Difahamkan, Wan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Shila Lama. Bagaimanapun Wan enggan mengulas panjang tentang khabar angin tersebut. Shila juga pernah menyertai kumpulan nasyid Huda bersama Warner Music tidak lama dulu.

Dalam perkembangan lain beritahu Wan, dia masih lagi meneruskan niatnya mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri.

Katanya, sehingga kini kes itu masih lagi dalam proses penelitian peguam sebelum ia dibawa ke peringkat mahkamah.

"Tak mungkin saya akan menarik balik kes berat seperti ini kerana ia telah mencalarkan nama baik saya.

"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua penulis blog di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan," katanya.

Wan yang popular dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak tepat dengan tajuk “Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?” pada 20 Februari 2012.

Dalam perkembangan lain, Wan bakal muncul di televisyen menerusi drama Epilog Cinta Kirana yang diadaptasi daripada novel Bawa Daku Ke Syurga yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda bermula 10 April ini di TV3.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan