Tiga Sahabat Baik Lancar Pakaian 'Baajookoo'

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri; Yasmin Hani,Daphne Iking dan Atilia ketika label fesyen pakaian  Baajookoo. Gambar ihsan: FAISOL MUSTAFA
Dari kiri; Yasmin Hani,Daphne Iking dan Atilia ketika label fesyen pakaian Baajookoo. Gambar ihsan: FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti popular iaitu Yasmin Hani, Atilia dan Daphne Iking pada Khamis melancarkan label fesyen pakaian mereka tersendiri iaitu Baajookoo.

Menurut Yasmin Hani, rekaan Baajookoo merupakan hasil cita rasa fesyen daripada idea ketiga-tiga mereka yang gemar bergaya secara santai.

"Kami mahukan baju yang santai dan ringkas serta boleh digayakan untuk semua golongan sehingga timbul idea untuk mereka baju-baju ini.

"Alhamdulillahlah ia mendapat sokongan daripada peminat dan rakan-rakan sehingga kami menerima banyak tempahan daripada penjualan dalam secara dalam talian," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran jenama pakaian itu di Serai KL, KL Live di sini pada Khamis.

Tambah Yasmin, penjualan pakaian tersebut yang dilakukan menerusi Internet di www.baajookoo.com.my telah beroperasi sejak September tahun lalu.

Sementara itu ketiga-tiga artis berkenaan akan melakukan kolaborasi dengan label fesyen antarabangsa lain yang akan dilancarkan pada 14 April depan.

"Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, kami mendapat pelawaan untuk bekerjasama dengan label pakaian antarabangsa.

"Namun tunggu 14 April ini baru kami akan umumkan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, Yasmin berkata masih terlalu awal untuk mereka membuka sebuah butik bagi menempatkan produk tersebut.

Katanya, mereka perlu menunggu masa yang sesuai iaitu selepas jenama tersebut stabil di pasaran.

"Bisnes ni baru sahaja enam bulan dilaksanakan dan kami baru nak merangkak. Biarlah kami buat perlahan-lahan. Bila ia sudah berkembang dan dikenali, Insya-Allah kita akan fikir ke arah itu," katanya.

Baajookoo mempunyai lebih daripada 10 koleksi baju dan beg yang juga boleh didapati di laman web jual beli iaitu mudah.my.

Dalam pada itu Yasmin mengakui bisnes tersebut merupakan salah satu cara untuk menghargai persahabatan mereka.

"Hubungan kami memang rapat dan kami selalu berjumpa. Dari situlah kamu mula terfikir lebih baik ada sesuatu yang dihasilkan untuk mengukuhkan lagi persahabatan ini. Jadi dengan adanya jenama Baajookoo ini kami melihat ia adalah persahabatan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan