Pengarah Seni 'Star Wars' Mahu Buat Penggambaran Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roger Christian (kanan) bersama Md Afendi Hamdanv Finas pada Khamis.
Roger Christian (kanan) bersama Md Afendi Hamdanv Finas pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Pengarah seni filem Star Wars, Roger Christian berminat menjadikan Malaysia lokasi penggambaran bagi filem zombie terbaharunya.

Christian berkata selain kaya dari segi budaya, Malaysia juga memiliki banyak tempat menarik dan sesuai untuk penggambaran filem terbaharunya itu, yang berjudul Temple of The Undead.

Beliau berada di Malaysia untuk berurusan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai sebuah projek filem korporat untuk menarik pelabur ke negara ini.

Pengarah seni tersohor ini terlibat dengan kerja kesan khas dan imej hasilan komputer (CGI).

"Saya mempunyai idea untuk menerbitkan satu atau dua filem, jadi kedatangan saya ke sini memberi peluang untuk saya meninjau sama ada kami boleh merancang menerbitkan sebuah filem di sini. Oleh itu, kunjungan ini sungguh berharga.

"Saya ingin menghasilkan sebuah filem yang amat berlainan, sebuah filem zombie yang kaya dengan ciri-ciri etnik dan suku kaum... yang akan memuatkan babak pertarungan dengan pemenggal kepala.

“Saya dapati Malaysia begitu sesuai untuk dijadikan lokasi penggambarannya," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Digital Mix Stage Studio di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, Khamis.

Beliau berkata 100 peratus penggambaran dan penerbitan filem itu akan dibuat di Malaysia dan filem berkenaan akan mempunyai ciri-ciri kehebatan kesan visual seperti yang terdapat dalam filem Sin City dan 300'.

"Kami baru saja mendapat idea mengenainya dan filem berkenaan kini di peringkat proses menulis skrip dan penyediaan set penggambaran, belum lagi sampai ke peringkat penggambaran, dan saya menjangka filem ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.

"Malaysia memiliki begitu banyak tempat menarik dan oleh itu, penggambaran akan dibuat di pelbagai tempat, termasuk sedikit sebanyak babak melibatkan hutan serta menampilkan bakat tempatan," katanya sambil menambah kata bahawa barisan pelakon filem itu juga belum diputuskan.

Sementara itu, Christian menggesa penerbit filem tempatan supaya memberi penekanan terhadap kualiti dalam filem mereka untuk menjadikannya setanding dengan filem terbitan negara lain, terutama Hollywood.

Bagaimanapun, kata beliau, mereka perlu terus memelihara dan mengekalkan identiti nasional dalam filem yang dihasilkan bagi memperkenalkan budaya, tradisi dan bahasa tempatan ke seluruh dunia.

"Anda perlu memiliki kecintaan dan jangan fikir tentang ganjaran, kemasyhuran dan kejayaan, cuma berusahalah untuk menghasilkan filem yang lebih baik...bukan filem Hollywood, tetapi filem Malaysia bertaraf Hollywood.

"Segala kelengkapannya terdapat di Malaysia dan semua yang diperlukan untuk proses pasca penerbitan perlulah mencapai kelas dunia... jadi anda perlu bertungkus-lumus untuk melakukannya, bukan sekadar belajar daripada teori," katanya.

Christian berkata beliau tidak mempunyai rancangan dan tidak akan kembali kepada francais Star Wars.

"Francais sekarang ialah dalam dunia serba baharu iaitu francais Disney," katanya.

Christian memenangi Anugerah Akademi kerana karya seninya dalam filem Star Wars pertama, yang kemudian diberi judul baharu Episode IV: A New Hope' pada 1977, dan dicalonkan sebagai penerima Oscar bagi kerja seninya dalam filem Alien

Beliau ialah pengarah bagi filem Return of the Jedi dan Star Wars Episode I: The Phantom Menace serta beberapa filem rencana lain, termasuk The Sender And Nostradamus dan mengarahkan filem Underworld and Battlefield Earth.

Sementara itu, pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan menyambut baik keputusan Christian membuat penggambaran di Malaysia kerana selain memberi manfaat dan keuntungan kepada negara ini, langkah itu boleh mempromosi Malaysia ke seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan